Home » Langit Terbuka » Kabinet bincang kewangan TH esok (5 April), hibah diumum dalam masa terdekat

Kabinet bincang kewangan TH esok (5 April), hibah diumum dalam masa terdekat

Perdana Menteri berkata, TH akan mengumumkan hibah dalam tempoh terdekat selepas mesyuarat kabinet memutuskan mengenainya. - Foto Yahoo

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri akan membincangkan cadangan pelan penstrukturan dan pemulihan semula Lembaga Tabung Haji (TH) semasa mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

Susulan itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, TH akan mengumumkan hibah dalam tempoh terdekat selepas mesyuarat kabinet memutuskan mengenainya esok.

“Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu membabitkan kedudukan kewangan TH dan perkara bersangkutan dengannya, termasuk kemampuannya membayar hibah kepada pendeposit.

“TH akan membuat pengumuman mengenainya dalam masa terdekat, setelah jemaah menteri membuat keputusan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini (4 April).

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, bayaran hibah kepada pendeposit TH bagi tahun kewangan 2018 akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Katanya, pihaknya akan memastikan imbangan aset dan tabungan diselesaikan terlebih dahulu sebelum hibah diisytiharkan.

Ini kerana, katanya, hibah sebelum ini menyalahi undang-undang mengikut Akta Lembaga Tabung Haji 1995.

Disember lalu, Mujahid berkata, sejak 2014, Tabung Haji telah gagal memenuhi dua syarat yang membolehkan pembayaran hibah dilakukan.

Syarat itu ialah, pertama, aset tidak boleh kurang daripada liabiliti, dan kedua, perlu ada keuntungan yang boleh diagihkan. – Awani

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *