Hibah TH mungkin lebih tinggi akan datang

KUALA LUMPUR – Jumlah pemberian hibah kepada pendeposit Tabung Haji (TH) mungkin akan lebih tinggi pada masa akan datang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ini berdasarkan prestasi semasa TH yang semakin baik dan mengukuh. “Selepas kita adakan plan pemulihan iaitu masuk ke dalam syarikat tujuan khas (SPV), kita tinggalkan aset yang […]

Tabung Haji melangkah ke depan dengan lebih yakin

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kini berada pada landasan tepat bagi membangunkan semula kredibiliti serta prestasi kewangannya dengan sokongan penuh kerajaan terhadap pelan penstrukturan dan pemulihan untuk mengukuhkan semula kedudukan institusi kewangan Islam itu. Pelan tersebut yang dirangka dan dilaksanakan oleh pengurusan dan pentadbiran baharu yang kesemuanya terdiri daripada kalangan profesional membolehkan […]

Hibah terendah: Dijangka tiada ‘bank run’

PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tidak menjangkakan akan berlaku situasi ‘bank run’ iaitu pendeposit mengeluarkan simpanan beramai-ramai pada satu masa ekoran pengumuman kadar hibah bagi tahun kewangan berakhir 2018 yang terendah dalam sejarah. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Zukri Samat berkata, pemantauan yang dilakukan oleh pihaknya setakat […]

Tidak dibenar daftar untuk kali kedua

PUTRAJAYA – Tabung Haji (TH) akan memastikan tiada individu yang akan menunaikan haji dua kali bagi mengelakkan jemaah kali pertama terpaksa menunggu gilira selama 107 tahun. Sehubungan itu, TH menetapkan, jemaah yang telah menunaikan fardu haji tidak dibenarkan mendaftar untuk kali kedua. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata, […]

Tabung Haji umum hibah 1.25 peratus

PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji mengumumkan hibah sebanyak 1.25 peratus bagi tahun kewangan 2018 berakhir 31 Disember lalu yang melibatkan agihan sebanyak RM913 juta kepada semua pendepositnya. Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof di sini hari ini. Jelasnya, Tabung Haji telah mencatatkan lebihan aset sebanyak RM1 bilion bagi […]

Kabinet bincang kewangan TH esok (5 April), hibah diumum dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri akan membincangkan cadangan pelan penstrukturan dan pemulihan semula Lembaga Tabung Haji (TH) semasa mesyuarat Kabinet pada Jumaat. Susulan itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, TH akan mengumumkan hibah dalam tempoh terdekat selepas mesyuarat kabinet memutuskan mengenainya esok. “Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu membabitkan kedudukan kewangan TH dan […]

Belum tiba masa umum hibah TH

KUALA LUMPUR – Bayaran hibah bagi tahun kewangan 2018 kepada pendeposit Tabung Haji (TH) akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata pihaknya akan memastikan imbangan aset dan tabungan diselesaikan terlebih dahulu sebelum hibah diisytiharkan. Ini kerana, katanya, hibah sebelum ini menyalahi undang-undang mengikut Akta Lembaga […]

TH tetap bayar hibah berdasarkan prestasi kewangan

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan kumpulan itu mampu memberi hibah atau dividen pada 2018 kepada 9.3 juta pendepositnya. Namun, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat, mengingatkan pendeposit supaya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. “Jumlah hibah itu akan bergantung kepada prestasi kewangan TH. […]

Penerima tidak perlu pulangkan hibah Tabung Haji

PUTRAJAYA – Pendeposit Tabung Haji (TH) tidak perlu memulangkan semula hibah yang diterima walaupun status halalnya dipersoalkan orang ramai, berikutan masalah itu hanya membabitkan peringkat pengurusan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata penerima tidak mengetahui mengenai penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan institusi kewangan Islam itu dan tindakan memulangkan semula […]

Kos menunaikan Haji tahun hadapan kekal

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa mengumumkan kos menunaikan haji tahun hadapan kekal. Menurutnya, TH memutuskan bahawa kos untuk menunaikan haji kekal ditanggung sama seperti mana sebelumnya iaitu RM9, 980. Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini. Pada masa yang sama beliau memberi jaminan […]