Home » Langit Terbuka » Kabinet Kecil Cerminkan Langkah Berhemah Kerajaan, Tingkatkan Kecekapan

Kabinet Kecil Cerminkan Langkah Berhemah Kerajaan, Tingkatkan Kecekapan

Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam menyifatkan Kabinet baharu itu sebagai 'Bersih, Cekap dan Kompak'

KUALA LUMPUR – Kabinet baru kerajaan yang akhirnya diumumkan semalam menyaksikan barisan yang lebih kecil tetapi mantap terdiri daripada pelbagai latar belakang yang mampu menyuntik harapan dan keyakinan baharu kepada rakyat ke arah menerajui negara.

Kabinet lebih kecil terdiri daripada 25 kementerian yang mengandungi 26 menteri juga seiring dengan langkah kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan perbelanjaan ketika negara memikul beban jumlah hutang yang besar.

Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam menyifatkan Kabinet baharu itu sebagai ‘Bersih, Cekap dan Kompak’ sambil berkata kabinet yang kecil bakal membawa banyak kelebihan kerana menteri dapat membuat penyelarasan lebih rapat dalam tugas mereka, dengan itu mengurangkan birokrasi.

Beliau berkata, pada masa yang sama ini akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran.

“Kami berharap kabinet baharu ini akan mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih cekap dan lancar. Kabinet yang kecil juga membolehkan perdana menteri dan timbalan perdana menteri memantau setiap kementerian dengan teliti. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1476656

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *