Home » Langit Terbuka » Kadar bayaran ibadah haji musim depan kekal: Asyraf Wajdi

Kadar bayaran ibadah haji musim depan kekal: Asyraf Wajdi

PASIR PUTEH, 11 Sept.  – Kadar bayaran menunaikan ibadah haji musim hadapan tidak akan dinaikkan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Menjanjikan perkara itu, beliau berkata, kerajaan tidak bercadang menaikkan kadar bayaran sekali gus menjadikan ia yang paling rendah berbanding kos dibayar jemaah negara lain.

Katanya, kerajaan akan mengekalkan kos pengurusan ibadah haji dengan menampung bantuan subsidi bagi setiap jemaah haji walaupun berdepan kenaikan kadar perbelanjaan setiap tahun.

“Kos sebanyak RM9,980 adalah kekal dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat gesaan supaya subsidi sedia ada dikekalkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada jemaah haji di negara ini,” katanya. – www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *