Home » Citra Yadim » Kaderisasi RRY bersama SMKA Putrajaya

Kaderisasi RRY bersama SMKA Putrajaya

HULU LANGAT- Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM telah berjaya mengadakan Kem Kepimpinan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya selama tiga hari dua malam bertempat di Institut Latihan Dakwah YADIM di sini. 

Kem Kepimpinan untuk Rakan Remaja YADIM (RRY) kali ini memfokuskan kepada pengurusan organisasi, pembuatan keputusan dan kepimpinan berasakan modul dan acuan Islam.

“Modul yang kami cuba bawakan adalah modul berkaitan kepimpinan Islam, selaras dengan keperluan pada zaman sekarang yang memerlukan pelapis kepimpinan Islam untuk generasi yang akan datang” kata Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam sesi bersama ahli RRY di sini.

Turut hadir ialah Ustaz Abdul Rashid Zainal selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Pengarah Bahagian KEMUDA YADIM, Syahrizal Mat. 

RRY SMKA Putrajaya merupakan antara pasukan kepimpinan remaja yang mendapat latihan kaderisasi kepimpinan di Institut Latihan Dakwah YADIM.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *