Home » Langit Terbuka » Larang pakai songkok: Menteri Agama arah TH selesaikan segera

Larang pakai songkok: Menteri Agama arah TH selesaikan segera

Hotel Tabung Haji Kelana Jaya - Foto Tabung Haji

CYBERJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad mengarahkan supaya pihak atasan Tabung Haji (TH) menyelesaikan segera larangan memakai songkok atau kopiah terhadap kakitangannya ketika bertugas.

Idris berkata, beliau telah merujuk isu tersebut kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin untuk penjelasan.

“Lepas balik daripada solat Isyak dapat maklumat mengenai memorandum TH Hotel Kelana Jaya. Terus hubungi Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin, ini respon kepada saya.

“Memo dikeluarkan oleh pengurus hotel tanpa maklum balas. Tiada masalah sebenarnya, asalkan bersih, kemas, selamat, tertib, menutup aurat dan seragam.

Saya minta Ketua Pegawai Eksekutif segera selesaikan isu ini,” kata Idris dalam satu hantaran di Facebooknya semalam.

Semalam tular satu memorandum yang dikeluarkan oleh Pengurus TH Hotel Kelana Jaya, Mohamad Nazrul Nazib Nasihin, semua anggota TH Kelana Jaya diminta untuk tidak memakai songkok atau kopiah ketika bertugas.

Tambahnya, songkok dan kopiah boleh dipakai apabila ingin menunaikan solat.

Selain itu, menurut beliau, anggota juga diminta untuk berpakaian kemas termasuk pemakaian kasut yang bertutup dan menjaga kebersihan diri sepanjang bertugas. – Malakat Tribune

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *