Home » Langit Terbuka » Kaedah terkini lupus abu al-Quran

Kaedah terkini lupus abu al-Quran

KUALA TERENGGANU, 27 Nov -- Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Ghazali Taib (depan) melontar kiub abu Al-Quran ke laut pada program pelupusan kiub abu Al-Quran ke laut pada program pelupusan abu Al-Quran ke laut hari ini.?Sebanyak 118 kiub abu hasil pembakaran dari 1.4 tan metrik Al-Quran yang rosak dilupuskan.?--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA TERENGGANU 27 Nov. – Terengganu muncul negeri pertama merintis kaedah terkini bagi menyempurnakan proses pelupu­san abu al-Quran di tengah laut iaitu da­lam bentuk kiub atau bongkah yang ternyata lebih sistematik dan efektif.

Pencapaian menerusi sistem inovasi terbaharu itu berjaya menarik perhatian beberapa negeri selain selatan Thailand yang berminat untuk mendapatkan per­khidmatan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Komunika­si, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas nege­ri, Ghazali Taib berkata, kaedah terbaharu itu mula diperkenalkan hari ini dan proses pelupusan kali keenam itu melibatkan 1.4 tan abu bersamaan kira-kira 49,000 tan al-Quran.

Beliau menjelaskan, kesemua 118 kiub atau bongkah abu itu dibuang ke laut dalam keadaan lebih sempurna dan tidak lagi berlaku pencemaran sebagaimana proses pelupusan sebelum ini.

“Ini merupakan satu kaedah khusus dan terkini yang dihasilkan Terengganu. Kita buat relau sendiri untuk proses jadikan abu dalam bentuk kiub atau bongkah yang senang dibawa atau disimpan.

“Setelah dibuang ke laut, kiub-kiub ini masih berada dalam keadaan sempurna dan apabila terkena air akan mengambil masa agak lama sebelum terlerai,” kata­nya kepada pemberita sempena program pelupusan itu di Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Timur, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pesuruhjaya Hal Eh­wal Agama Terengganu merangkap Ke­tua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Mai­dam), Datuk Wan Mohamad Wan Ibrahim.

Ghazali yang diiringi Wan Mohamad kemudian menaiki Kapal MV Akturus Jabatan Laut Malaysia menuju ke satu lo­kasi di perairan Terengganu bagi menyempurnakan proses pelupusan itu iaitu kira-kira 10 batu nautika dari sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Ajil berkata, proses itu sentiasa berterusan dan kekerapannya bergantung kepada keadaan kerosakan al-Quran selain permasalahan dari segi stok simpanan kitab suci itu.

https://www.utusan.com.my/berita

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *