Home » Langit Terbuka » Sikap parti bukan Islam bantah RUU 355 sangat jahil

Sikap parti bukan Islam bantah RUU 355 sangat jahil

KOTA BHARU, 27 Nov. – Tindakan parti-parti komponen bukan Islam seperti MCA, Gerakan, MIC sangat mendukacitakan apabila secara lantang menolak Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, penolakan mereka nampak dalam undang-undang sebegini nampak begitu jahil.

Katanya, mereka seharusnya memahami bahawa RUU 355 merupakan undang-undang untuk orang Islam sahaja dan mereka tidak perlu menimbulkan masalah.

“Mereka menyatakan RUU 355 perlu ditentang kerana kita tidak boleh mengamalkan sistem dua perundangan dalam sesebuah negara. Nampak sangat mereka ini jahil.

“Ada negara di dunia ini yang mempunyai dua sistem perundangan seperti Kanada dan Amerika Syarikat (AS). MCA, MIC dan yang lain perlu tahu undang-undang Islam ini sudah lama untuk orang Islam sahaja,” katanya.

Terdahulu, MCA mengulangi pendirian membantah RUU 355 yang dibawa ke Parlimen oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, komuniti Cina di negara ini terganggu dengan usaha PAS untuk membawa pindaan RUU itu yang disifatkannya sebagai undang-undang hudud. -https://www.ismaweb.net/

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *