Home » Langit Terbuka » Kaji sama ada `total ban’ atau pengecualian tertentu

Kaji sama ada `total ban’ atau pengecualian tertentu

Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian yang sedang dilaksanakan itumengambil kira dari segi perundangan dan sosial

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji implikasi menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun dalam menentukan sama ada pindaan akan dilakukan secara `total ban’ atau dengan pengecualian tertentu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kajian yang sedang dilaksanakan mengambil kira dari segi perundangan dan sosial.

“Sebagai contoh, sekiranya `total ban’ dikuatkuasakan dan terdapat kes kanak-kanak yang berkahwin, perkahwinan tersebut tidak dapat didaftarkan.

“Kanak-kanak tersebut terutamanya kanak-kanak perempuan tidak akan mempunyai perlindungan di bawah undang-undang bagi keganasan rumah tangga, hak untuk nafkah, harta sepencarian dan sebagainya,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri menjawab soalan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah meminta kerajaan menyatakan langkah mengekang rakyat daripada terlibat dengan perkahwinan melibatkan kanak-kanak. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *