Home » Langit Terbuka » Kajian semula pakaian pramugari langkah tepat – YADIM

Kajian semula pakaian pramugari langkah tepat – YADIM

Usaha serta langkah konstruktif ke arah kebenaran kod etika pemakaian patuh syariah dalam kalangan kru penerbangan wanita ini wajar diberi pujian dan sokongan selaras dengan agenda mengangkat martabat wanita dan Islam Rahmah yang dibawa kerajaan. - Foto Sky News

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengalu-alukan inisiatif syarikat penerbangan Malaysia, Malaysia Airlines melaksanakan tinjauan bagi mendapatkan pandangan orang ramai untuk membolehkan kakitangan wanita memilih untuk berhijab ketika bertugas dalam penerbangan domestik dan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, pihaknya mengucapkan tahniah kepada Malaysia Airlines atas inisiatif berkenaan.

Menurutnya, selain dapat memberi ruang untuk melaksanakan ajaran Islam, YADIM berpandangan inisiatif itu adalah satu langkah proaktif bagi menghentikan stigma dan eksploitasi kepada golongan wanita yang terbabit dalam industri berkenaan.

Katanya, usaha serta langkah konstruktif ke arah kebenaran kod etika pemakaian patuh syariah dalam kalangan kru penerbangan wanita ini wajar diberi pujian dan sokongan selaras dengan agenda mengangkat martabat wanita dan Islam Rahmah yang dibawa kerajaan hari ini.

“Langkah Malaysia Airlines ini bakal mengikuti beberapa syarikat penerbangan lain yang membenarkan pramugarinya menutup aurat seperti Royal Brunei Airline, EgyptAir dan Air Cairo, ” katanya dalam satu kenyataan pada 17 Januari.

Sebelum ini dilaporkan Malaysia Airlines menghantar borang kajian menerusi emel rasminya kepada pengguna dengan hasrat membawa pembaharuan kepada pakaian seragam pramugari bagi mendapatkan pandangan orang ramai. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *