Home » Langit Terbuka » Kalimah Allah Khusus Bagi Umat Islam – Sultan Johor

Kalimah Allah Khusus Bagi Umat Islam – Sultan Johor

Sultan Johor bertitah, keputusan atau penghakiman yang berkaitan dengan sensitiviti umat Islam serta kesepakatan hidup berbilang kaum dan agama perlu diambil kira dengan teliti. - Foto FMT

JOHOR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar Kerajaan Persekutuan meneruskan rayuan bagi prosiding berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam penganut agama bukan Islam.

Baginda bimbang ianya boleh menimbulkan perbalahan serta persepsi yang kurang elok terhadap keharmonian Bangsa Johor yang hidup bermuafakat dalam satu negeri.

Tegas Sultan Johor, kalimah ‘Allah’ merupakan nama yang khusus kepada Tuhan yang disembah oleh umat Islam.

“Nama Allah ini diberi oleh diri-Nya, bukan berasal daripada mana-mana akar kata, tetapi kata nama khas yang merujuk kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang disembah oleh umat Islam,” dalam kenyataan yang dikeluarkan, pada 18 Mac.

Titah baginda, keputusan atau penghakiman yang berkaitan dengan sensitiviti umat Islam serta kesepakatan hidup berbilang kaum dan agama perlu diambil kira dengan teliti.

Sebelum ini, kerajaan Johor mewartakan fatwa pada 4 Jun 2009 bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan malah ditegah serta dilarang.

“Fatwa ini bermaksud penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang tidak bertepatan dengan maksud yang sebenarnya sebagaimana ajaran agama Islam adalah sama sekali tidak boleh dan tidak dibenarkan,” titah baginda.

Tambahnya, negeri Johor menetapkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991 dimana melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam.

Enakmen tersebut turut memperuntukkan penggunaan kalimah yang khusus tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan-keadaan yang dibenarkan perundangan.

Bagaimanapun, baginda selaku Ketua Agama Islam Johor mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi mengambil tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha rayuan tersebut.—AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *