Home » Langit Terbuka » Kebenaran solat sunat tarawih imarahkan masjid, surau di bulan Ramadan – YADIM

Kebenaran solat sunat tarawih imarahkan masjid, surau di bulan Ramadan – YADIM

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM (kanan) dalam program YADIM Peduli Is’ad Al Usrah dan Musaadah Bersama Asnaf pada 18 Mac. - Foto YADIM

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan solat sunat tarawih diadakan di masjid dan surau di seluruh negara sepanjang Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata peluang tersebut dinanti-nantikan umat Islam selepas tidak dibenarkan berbuat demikian pada Ramadan tahun lepas akibat penularan COVID-19.

Beliau berkata, keputusan itu juga akan kembali mengimarahkan fungsi masjid dan surau pada bulan yang mulia dan penuh berkat itu.

”YADIM  akan turun ke masjid di seluruh negara untuk melaksanakan pelbagai program khas sepanjang bulan Ramadan. Antara program ialah bantuan makanan kepada golongan asnaf, majlis berbuka puasa, qiamullail dan ceramah agama bagi mengembalikan masyarakat Islam ke masjid dan surau,” katanya pemberita pada majlis YADIM Peduli Is’ad Al Usrah dan Musaadah Bersama Asnaf di Masjid Tengku Abd Halim, Kampung Tualang Tinggi di sini pada 18 Mac.

Beliau berkata perincian program itu akan diumumkan pada 30 Mac ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Mengulas lanjut, Tuan Kamarul Arief berkata bagi melaksanakan program itu, pihaknya memerlukan bantuan kewangan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta menerusi kempen pengisian tabung 1Minggu 1 RM yang telah dilancarkan. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *