Home » Citra Yadim » Kanak kanak pengidap penyakit saraf terima sumbangan YADIM

Kanak kanak pengidap penyakit saraf terima sumbangan YADIM

JENGKA – Diserang sawan sejak berusia lima bulan mengakibatkan Ainul Mardhiah Mohd Azmi, 10 bulan tidak seperti kanak kanak lain. Keadaannya menyebabkan keluarganya perlu memnumpukan lebih perhatian terhadapnya yang mengidap penyakit saraf.

Bagi tujuan meringankan sedikit beban keluarga ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 22 April tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan di kediaman mereka di Jengka 22 di sini.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Yang Berhormat Ustaz Shahril Azman Abdul Halim dan Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok.

Pada hari yang sama, Ustaz Nasrudin juga sempat meninjau ke kediaman Muhammad Husairi Nazri yang kini dalam pembinaan di Jengka 11.

Rumah berkenaan dibina secara gotong royong oleh anggota Jabatan AMAL Malaysia, dan sebahagiannya daripada  program Is’ad Al Usrah YADIM, dijangka akan siap sepenuhnya selepas Aidilfitri ini.

Keluarga berkenaan kini menumpang sementara di inap desa milik rakan mereka.

Semoga dipermudahkan semua urusan mereka.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *