Kediaman yang uzur kini serba baharu

KUALA KRAU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Pertubuhan KRS Shazmin serta Pejabat ADUN Jengka telah menjayakan usaha membaik pulih rumah penduduk, Md Husairi Nazri di Jengka 11, di sini. Sebagai simbolik memasuki kediaman tersebut, majlis menyerahkan kunci telah disempurnakan Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dan ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim, […]

Mengagihkan Sumbangan Pek Musaadah Covid19 Kepada Warga Felda Jengka.

JENGKA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang bersama badan bukan kerajaan Sheika Lubna dan Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Krau pada 4 Mei telah mengagihkan sumbangan pek Musaadah Covid-19 kepada warga Felda Jengka di sini. 25 pek sumbangan makanan harian YADIM berupa beras, bihun, tepung, biskut, gula, kordial dan sos diagihkan kepada warga yang memerlukan. […]

Kanak kanak pengidap penyakit saraf terima sumbangan YADIM

JENGKA – Diserang sawan sejak berusia lima bulan mengakibatkan Ainul Mardhiah Mohd Azmi, 10 bulan tidak seperti kanak kanak lain. Keadaannya menyebabkan keluarganya perlu memnumpukan lebih perhatian terhadapnya yang mengidap penyakit saraf. Bagi tujuan meringankan sedikit beban keluarga ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 22 April tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka. Sumbangan berupa barangan […]

Is’adul Al Usrah Guru KAFA Jengka 11

JENGKA – Is’ad Al Usrah adalah satu inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM bagi membantu golongan yang memerlukan membaik pulih rumah. Terbaharu untuk negeri Pahang, ia dilaksanakan di Jengka 11 di sini, menyantuni seorang guru KAFA, Siti Khamsiah Ma’had. Sebanyak RM11,500 diperuntukkan bagi membina 3 bilik tambahan, kerja pemasangan atap serta baik pulih tandas dan […]