Home » Citra Yadim » Karnival Street Dakwah dapat sambutan

Karnival Street Dakwah dapat sambutan

SUNGAI PETANI 21 Nov. – Program Karnival Street Dakwah Tanab Ria Mesra 1, Gurun yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Utara pada 2 dan 3 telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk setempat yang telah hadir memeriahkan pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang karnival itu berlangsung iaitu pada 12 November lepas.

Program berkenaan telah dilangsungkan di perkarangan jalan utama Taman Ria Mesra 1, Gurun, Jeniang, Kedah dan ia merupakan anjuran bersama YADIM, KRT Taman Ria Mesra, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Skuad Muda 1JPJ, serta kerjasama daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.

Eksekutif Yadim Zon Utara, Mohd. Afifi Roslan berkata, program ini telah mendapat sambutan yang begitu baik dengan orang ramai telah mula hadir ke tapak karnival sejak awal pagi bagi menyertai pelbagai program yang diadakan.

“Alhamdulillah penduduk setempat telah memberikan sambutan yang begitu menggalakkan kepada program sebegini yang bukan sahaja dapat memberikan informasi kepada mereka tetapi juga menunjukkan bahawa betapa minatnya mereka terhadap ilmu agama,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam karnival itu, para pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai informasi daripada pempamer yang turut serta seperti YaPEIM, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Biro Bantuan Guaman, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pertahanan Awam, Tabung Haji, Suruhanjaya Pilihanraya serta pemeriksaan kesihatan percuma.

Katanya, slot perkongsian ilmu pula meliputi program Ceramah Palestine oleh MAPIM serta Malam Cinta Ilmu yang diadakan pada sebelah malam.

“Bagi memeriahkan karnival, turut diadakan adalah pertandingan azan dan hafazan kanak-kanak dan remaja, pertandingan sukan futsal kanak-kanak dan remaja dan pertandingan gubahan dan memasak kerabu,’’ katanya.

Beliau berkata, selain itu turut diadakan adalah Ziarah Jejak Asnaf bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah dan dalam ziarah itu sebanyak 10 keluarga telah menerima sumbangan masing-masing.

“Tujuan utama program ini diadakan ialah mendekatkan YADIM dengan komuniti di samping menarik minat masyarakat kepada program yang diselitkan dengan unsur keagamaan.

“Program ini juga memberi manfaat kepada khalayak yang hadir dan penduduk setempat di mana diadakan juga pameran bergerak yang memudahkan masyarakat untuk membuat pembayaran dan sebagainya.

Beliau berkatam pendekatan yang digunakan dalam menyampaikan dakwah Islam dalam bentuk santai ternyata mendapat sambutan yang baik daripada anggota masyarakat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *