Home » Citra Yadim » Majlis Graduasi dan Watikah Pelantikan FMD

Majlis Graduasi dan Watikah Pelantikan FMD

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan Majlis Graduasi Felo Muda Dakwah 5 Siri 1/2016 dan juga Majlis Watikah Pelantikan Felo Muda Dakwah 6 Siri 2/2016 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Dewan Bukit Kiara, Damansara pada 16 November lalu.

Pada majlis itu, seramai 24 orang Felo Muda Dakwah 5 Siri I 2016 menerima sijil tamat latihan manakala seramai 27 orang Felo Muda Dakwah menerima Watikah Pelantikan Felo Muda Dakwah 6 Siri II 2016.

Penyampaian sijil dan anugerah ini disempurnakan oleh YB. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Program Felo Muda Dakwah (FMD) ini diilhamkan pada tahun 2014 oleh YADIM untuk melatih pelapis kepimpinan Islam negara dan melalui program ini, para Felo Muda Dakwah didedahkan dengan pelbagai perkara.

Antaranya, termasuk dari segi  peningkatan ilmu dan kemahiran diri, peluang menjelajah keseluruh Negara dan berjumpa dengan tokoh-tokoh agama dan politik, membina profil peribadi melalui pendedahan oleh media dan mendapat latihan kepimpinan praktikal secara holistic.

Sehingga kini seramai 148 orang Felo Muda Dakwah telah berjaya mengikuti program ini bermula dari Felo Muda Dakwah siri 1 2015 sehingga Felo Muda Dakwah siri 5 2016.

Melalui program ini, YADIM melatih graduan-graduan universiti dalam dan luar negara yang terpilih dengan pelbagai aspek dan kaedah berdakwah, dengan hasrat untuk menjadikan mereka ini sebagai ikon masyarakat Malaysia dalam usaha mengembangkan dakwah.

Felo Muda Dakwah yang telah berjaya dipilih akan mengikuti latihan intensif di YADIM selama tiga bulan termasuk selam sebulan pementoran (attachment) dengan tokoh-tokoh terpilih dari pelbagai bidang.

Untuk menjadi Felo Muda Dakwah, seseorang itu perlu mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sarjana muda, berumur di antara 24 tahun sehingga 30 tahun. Program ini terbuka kepada semua graduan dari pelbagai bidang pengajian tetapi keutamaan diberikan kepada graduan di dalam aliran agama.

Sebagai seorang Felo Muda Dakwah mereka perlu mempunyai ketajaman fikiran, boleh menulis dengan baik dan mampu berhujah, bijak memimpin, dan juga berketrampilan unggul. Manakala mempunyai pengetahuan mengenai isu-isu semasa yang membabitkan Islam adalah perlu, sementara kemahiran berbahasa Inggeris dan Arab adalah satu kelebihan.

Pada majlis yang diadakan itu beberapa anugerah turut disampaikan iaitu Anugerah Keseluruhan Mithali kepada Mohd. Iqbal Othman, Anugerah Penulisan Kreatif kepada Khairul Azwani bin Ahinin,  Anugerah Akademik Muaddib kepada Siti Zubaidah bt Kamaruddin dan Anugerah Kepimpinan Murabbi kepada Siti Nor Bahijah bt Mohd Zaki.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *