Home » Langit Terbuka » Kawalan polis diperketatkan susulan ancaman Daesh

Kawalan polis diperketatkan susulan ancaman Daesh

GEORGETOWN, 12 Sept.  – Polis mengetatkan kawalan keselamatan di semua tempat awam di Pulau Pinang sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman militan Daesh, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab.

Abdul Ghafar berkata, polis telah mengenal pasti beberapa lokasi dan menjalankan pengawasan berterusan di kawasan itu.

Polis dalam keadaan siap siaga untuk menggagalkan sebarang cubaan Daesh untuk melancarkan serangan di negeri ini, katanya.

“Kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan tidak akan berhenti sehingga ancaman ini berakhir,” katanya pada sambutan Hari Raya Aidiladha Daerah Timur Laut di sini hari ini.

Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihak polis telah meningkatkan amaran di seluruh negara untuk menggagalkan sebarang cubaan militan Daesh mengganggu sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Beliau berkata, pihak polis tidak menolak ancaman keganasan itu berikutan penahanan tiga suspek militan Daesh di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang yang disyaki berniat mahu melancarkan serangan pada 30 Ogos, pada malam ambang kemerdekaan.

Abdul Ghafar menggesa orang ramai memaklumkan kepada pihak polis mengenai apa-apa aktiviti yang mencurigakan yang mereka percaya ia boleh mengancam keselamatan negara.- Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *