Home » Langit Terbuka » Payung pintar diguna jemaah haji lengkap teknologi canggih

Payung pintar diguna jemaah haji lengkap teknologi canggih

MAKKAH, 12 Sept. – Sebahagian jemaah haji mula menggunakan payung pintar dalam mengerjakan ibadah berkenaan sebagai kemudahan teknologi di Tanah Suci.

Payung idea ciptaan bersama Jurutera Saudi, Kamal Badawi dan wanita Palestin, Manal Dandis dikatakan dapat mengesan jemaah yang sesat dalam kesesakkan orang ramai kerana ia bersambung dengan telefon pintar.

Selain itu ia juga mempunyai sistem navigasi dan kipas di samping dilengkapi tiga pengecas USB untuk mengecas telefon bimbit dan peranti elektronik lain.

Bahkan turut dapat melindungi diri daripada sinaran terik matahari.

Selain itu payung itu turut disertakan ‘Wusul’ atau ‘Ketibaan’ dalam bahasa Arab, sistem aplikasi yang menyenaraikan jalan raya yang tidak boleh dikesan sistem tradisional GPS.

Ia akan membolehkan kumpulan jemaah mencari anggota mereka yang sesat. – Agensi

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *