Kayuhan Amal YADIM 2021

    0
    67

    JOHOR BAHRU – Acara berbasikal kini menjadi pilihan ramai pihak untuk beriadah dan menjaga kesihatan.

    Ia juga dijadikan sebagai salah satu cara beramal dan melaksanakan program kebajikan seperti yang dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 13 November.

    Ia merupakan anjuran bersama YADIM, rakan badan bukan kerajaan

    - advertisement -

    Program kayuhan  menyantuni seramai 60 keluarga yang memerlukan ini bermula di pejabat YADIM Johor dan singgah di tiga  perhentian untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan B40 sekitar bandaraya ini.

    Hentian pertama ialah di  Surau Ledang Bandar Baru UDA sebelum diteruskan ke Surau Skudai Kanan dan lokasi terakhir ialah di Masjid  Larkin Perdana.

    Pelepasan dilakukan oleh Presiden JB Prihatin, Dr Mazri Yahya.

    Kayuhan 18 kilometer ini diketuai
    Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Bin Tuan Soh. Seramai 30 orang peserta kayuhan terlibat dalam kayuhan amal ini.

    Menurut beliau, kayuhan ini sebagai salah satu usaha dakwah.

    Dakwah katanya lagi, bukan hanya hak eksklusif golongan tertentu.

    Program ini merupakan salah satu pengisian program Bulan Dakwah 2.0 YADIM Johor

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here