Home » Citra Yadim » Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (K.O.S.D.I)@Marang

Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (K.O.S.D.I)@Marang

BUKIT PAYONG – Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (KOSDI) merupakan satu agenda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu bagi memperkasa pembangunan ummah dan wanita di negeri ini.

Ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri Terengganu bagi mewujudkan sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera.

Selain mensasarkan golongan muda, golongan wanita terutamanya kaum ibu turut diberi tumpuan dan dilibatkan dalam program kuiz keluarga yang dianjurkan YADIM di sini.

YAIDIM mensasarkan lebih banyak penubuhan pasukan Sukarekawan YADIM yang akan berfungsi membantu gerak kerja dakwah YADIM dalam komuniti.

Tahun ini menyaksikan sebanyak 12 pasukan sudah diwujudkan dengan bilangan seramai 660 orang sukarelawan berdaftar.

KOSDI@Marang di sini yang dirasmikan oleh Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin adalah siri kedua selepas siri pertama yang telah dilaksanakan di Dungun bertempat di Felda Jerangau.

KOSDI siri ketiga akan dilaksana di Daerah Setiu bertempat di Felda Chalok Kampung Rahmat.

YADIM membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama memajukan usaha dakwah samada melalui sumbangan tenaga mahupun wang ringgit.

Exco Pembangunan Insan, Dakwah & Penerangan Negeri Terengganu Yang Berhormat Ustaz Mohd. Nor Hamzah menyempurnakan majlis penutupan program yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Sena Rendang pada 13 November.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *