Home » Langit Terbuka » KDN panggil Ketua Pengarang Nanyang Siang Pau

KDN panggil Ketua Pengarang Nanyang Siang Pau

PUTRAJAYA 11 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang Nanyang Siang Pau Sdn. Bhd. berhubung karikatur yang dianggap menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, satu surat tunjuk sebab bertarikh hari ini juga dikeluarkan kepada akhbar berkenaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
Menurutnya, tempoh tiga hari diberikan kepada penerbit akhbar itu untuk menjawab surat tunjuk sebab dan tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan peraturan serta prosedur yang ditetapkan.
“Karikatur tersebut mungkin memudaratkan ketenteraman awam kerana menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan prasangka buruk terhadap orang atau kaum lain.
“Ia juga secara tidak langsung seolah-olah telah mempersendakan Parlimen dan Islam kerana Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah berkait rapat dengan hal ehwal agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *