Home » Citra Yadim » Kebajikan kakitangan diutamakan

Kebajikan kakitangan diutamakan

PUTRAJAYA – Kita menyantuni golongan yang memerlukan, tanpa melupakan kakitangan.

Demikian ucapan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Nasrudin Hassan semasa menyampaikan sumbangan untuk kakitangan badan dakwah ini pada 29 September.

Seramai 21 kakitangan YADIM disantuni dalam program ini menerusi pemberian barangan keperluan harian seperti beras, telur, minyak masak dan lampin pakai buang.

Ustaz Nasrudin berkata, beliau akan sentiasa mengutamakan kebajikan kakitangan YADIM dan terbuka menerima sebarang cadangan untuk tujuan itu.

“Kalau ada yang terlepas, boleh datang berjumpa bila bila masa,”ujarnya.

Hadir sama dalam majlis anjuran Bahagian Sumber Manusia ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah Kanan Sektor Pengurusan, Suhaila Sahibul Ghani.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *