Home » Langit Terbuka » Kelainan Majlis Tilawah kali ini

Kelainan Majlis Tilawah kali ini

Kompleks Islam Putrajaya. Foto Utusan

PUTRAJAYA – Majlis Tilawah dan Menghafaz al–Quran Kebangsaan (MTHQK) 2018 menampilkan kelainan tersendiri apabila buat julung kalinya diadakan di Kompleks Islam Putrajaya (KIP).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata, lokasi berkenaan dipilih sebagai salah satu inisiatif untuk menyerlah dan memperkukuhkan lagi kedudukan kompleks berkenaan sebagai mercu tanda Islam terbaharu di Putrajaya.

“KIP telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 Julai tahun lalu.

“MTHQK kali ini dijadualkan berlangsung enam hari bermula dari 1 April depan. Setakat ini seramai 28 peserta kategori tilawah dan 79 peserta kategori hafazan telah mengesahkan penyertaan,” katanya ketika sidang akhbar prapelancarannya di Pusat Islam Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau menambah, orang ramai juga boleh mengikuti majlis berkenaan di kaca televisyen secara langsung menerusi RTM dan TV AlHijrah. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *