Home » Langit Terbuka » Kelantan benar akad nikah di premis persendirian, masjid

Kelantan benar akad nikah di premis persendirian, masjid

Meskipun dibenarkan, namunkehadiran semasa majlis akad nikah adalah tidak melebihi 10 orang yang lengkap divaksin termasuk pasangan pengantin, jurunikah atau imam, wali dan saksi. - Foto MP.com

KOTA BHARU – Majlis akad nikah di Kelantan dibenarkan berlangsung di premis persendirian atau masjid secara bersemuka tanpa sentuhan yang berkuat kuasa serta merta.

 

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, berkata majlis yang diadakan itu tidak melebihi 30 minit dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

 

Katanya, kehadiran semasa majlis akad nikah dibenarkan tidak melebihi 10 orang yang lengkap divaksin termasuk pasangan pengantin, jurunikah atau imam, wali dan saksi.

 

“Bagi pasangan dan wali pengantin perempuan yang belum lengkap divaksin, diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 sama ada Kit Ujian Pantas (RTK), Real-Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) atau ujian kendiri selewat-lewatnya dua hari sebelum akad nikah. Keputusan ujian kendiri hendaklah dikemaskini di dalam aplikasi MySejahtera.

 

“Wali pengantin perempuan boleh membuat permohonan wakalah wali sekiranya uzur untuk hadir ke majlis akad nikah,” katanya menerusi kenyataan, di sini.

 

Beliau berkata, hanya jurunikah atau imam yang lengkap divaksin sahaja boleh mengakad nikah pasangan bakal pengantin.

 

Katanya, jika jurunikah atau imam tidak lengkap divaksin, pasangan boleh memohon untuk diakad nikah oleh imam atau jurunikah mukim bersebelahan yang lengkap vaksinasi.

 

“Majlis akad nikah akan dibatalkan jika melanggari mana-mana perkara atau peruntukan berkenaan.

 

“Arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah terpakai. Semua arahan yang dikeluarkan sebelum inu adalah terbatal,” katanya.

 

Beliau berkata, tatacara berkenaan dikeluarkan oleh JAHEAIK melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam yang selari dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *