Home » Citra Yadim » Sanitasi masjid dan maahad tahfiz bersama SAY Kota Bharu

Sanitasi masjid dan maahad tahfiz bersama SAY Kota Bharu

KOTA BHARU – Ruang solat, asrama pelajar dan bilik pengajian di Maahad Tahfiz  Miftahul Huda  di sini disanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 22 September.

Inisiatif ini sebagai sebahagian daripada usaha memastikan pusat pengajian berkenaan terpelihara kebersihannya untuk kegunaan pelajar kelak.

Seterusnya kerja-kerja sanitasi di teruskan di Masjid Nilam Baru, Mulong Kota Bharu. Ruang solat dan kawasan sekitar masjid telah disanitasi sebagai sebahagian daripada usaha memastikan rumah ibadah berkenaan terpelihara kebersihannya untuk kegunaan ahli jemaah.

Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah  Malaysia (SAY) Kota Bharu.

Program bermula pukul 9.30 pagi ini turut disertai Pengarah YADIM Kelantan, Ust Haji Mahadi Awang.Turut Hadir Mudir Maahad Tahfiz Miftahul Huda, Ustaz Baihaki Zakaria, Iman Tua Masjid Nilam Baru, Ustaz Mohd Sabri Ghafar  serta  Setiausaha  SAY Jajahan Kota Bharu ,  Badlila Bakri. Seramai 3 ahli SAY turut terlibat dalam program ini.

YADIM Kelantan sebelum ini telah melaksanakan kerja sanitasi antaranya di daerah Kuala Krai, Rantau Panjang, Pasir  Puteh, Jeli dan Gua Musang.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *