Home » Citra Yadim » Kem Kepimpinan Naqibat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan (SMKAP) Alawiyah

Kem Kepimpinan Naqibat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan (SMKAP) Alawiyah

LENSA sekitar program Kem Kepimpinan Naqibat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan (SMKAP) Alawiyah Kangar pada 18 Jun.

Program yang diadakan di Homestay Kampung Paya Guring, Pauh itu disertai oleh seramai 65 pelajar sekolah berkenaan.

Diadakan dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani serta Persatuan Ibubapa dan Guru SMKAP Alawiyah ini, diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat seperti slot ceramah, tazkirah, bacaan Al-Mathurat dan Surah Al-Mulk.

Objektif program ialah memberi ilmu kepimpinan kepada para peserta, melatih daya kepimpinan pelajar dan mencungkil bakat kepimpinan serta mengeratkan ukhwah di kalangan peserta.

Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Perlis, Hafsah Husain dan Pengetua sekolah Puan Hajjah Shakirah Ahmad.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *