Home » Citra Yadim » Kem Kepimpinan Pelajar di Paya Pahlawan

Kem Kepimpinan Pelajar di Paya Pahlawan

JITRA – YADIM Kedah dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan Negeri Kedah dan badan bukan kerajaan Nusrah Care telah mengadakan Kem Kepimpinan Pelajar pada 2 hingga 4 Jun lalu.

Program yang bertujuan untuk mengukuhkan jati diri serta melengkapkan ilmu kepimpinan ini telah diadakan di Kem Paya Pahlawan di sini dan telah menarik penyertaan seramai 65 orang peserta dari lima sekolah menengah berhampiran.

Perbagai pengisian bermanfaat telah diadakan dalam kem selama 3 hari 2 malam ini termasuklah ceramah, kuliah, bengkel, riadah, amktiviti berkayak dan lain-lain lagi.

Hadir merasmikan program ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Ustazah Ashah Ghazali.

Turut dijemput memberikan pengisian ialah Pengarah YADIM Negeri Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *