Home » Citra Yadim » KENYATAAN MEDIA BON ODORI : UMAT ISLAM TIDAK HARUS MERAIKAN UPACARA AGAMA LAIN

KENYATAAN MEDIA BON ODORI : UMAT ISLAM TIDAK HARUS MERAIKAN UPACARA AGAMA LAIN

Perayaan Bon Odori merupakan upacara keagamaan dan kepercayaan masyarakat bukan Islam khasnya dari negara Jepun yang beragama Buddha bersifat tarian bagi menyeru roh orang yang sudah mati. - Foto Arkib

Perayaan Bon Odori yang dijadual disambut di Kompleks Sukan Negara pada
16 Julai ini merupakan upacara keagamaan dan kepercayaan masyarakat
bukan Islam khasnya dari negara Jepun yang beragama Buddha. Ia adalah
upacara telah disambut sejak 500 tahun yang lalu bersifat tarian bagi menyeru
roh orang yang sudah mati. Ia mula diraikan oleh sebahagian masyarakat
bukan Islam di negara ini.

KENYATAAN MEDIA – BON ODORI UMAT ISLAM TIDAK HARUS MERAIKAN UPACARA AGAMA LAIN (1)
Justeru itu, upacara mana-mana agama tidak pernah dihalang oleh ajaran
Islam di negara ini dan ia termasuk dalam maksud firman Allah SWT dalam Al
Quran, “.. bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami..”.
Al Quran, Surah Al Kafirun ayat 6.

Namun begitu, mana-mana upacara sambutan perayaan agama lain yang
melibatkan urusan kepercayaan dan aqidah, maka tidak harus bagi umat Islam
menyertainya dan terlibat dalam upacara berkenaan. Ia termasuk perkara
yang boleh menggugat keimanan seseorang Muslim dan juga dilarang kita
menyerupai golongan bukan Islam pada sudut yang melanggari aqidah dan
syariat.

Hadis diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Umar Ra, bahawa sabda Nabi
Muhammad saw,

“… Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian
daripada mereka..”. Sahih Abu Daud 4031

Maka perayaan Bon Odori yang bakal berlangsung di negara ini menjadi salah
satu daripada perayaan pelbagai agama yang hidup secara harmoni dan aman
selama ia tidak mencampuri urusan umat Islam dan ajarannya.

Umat Islam juga dianjurkan agar menghormati budaya dan kepercayaan
agama lain dan tidak ada paksaan dalam Islam terhadap penganut agama lain
kepada agama Islam.

Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) menyeru seluruh rakyat Malaysia agar
menjalani kehidupan secara aman dan damai serta saling hormat
menghormati antara satu dengan lain.

Ketahuilah bahawasanya memelihara agama Islam dan Aqidah merupakan
setinggi-tinggi matlamat dan tujuan ajaran Islam dalam Maqasid Syariah yang
lima.

Melestari Gerakan Dakwah

Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim
Pengerusi
Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM)
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
7 Jun 2022

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Media dan Teknologi Dakwah YADIM
menerusi pegawai bertanggungjawab, MdZan Saari (018-282 1956) atau Norsalmah Md
Noordin (018-387 4265).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *