Home » Citra Yadim » KEM Kepimpinan Rakan Belia YADIM di Sabah

KEM Kepimpinan Rakan Belia YADIM di Sabah

KEM Kepimpinan Rakan Belia YADIM diteruskan ke Sabah, kali ini di Kompleks Belia Kota Kinabalu.
Program pada 20 – 21 Oktober ini disertai seramai 30 peserta.
Ia merupakan anjuran Unit Belia, Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Kompleks Belia Kota Kinabalu serta Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut.
Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Kinarut, Ahmad Rithauddin Ibrahim telah merasmikan program ini.
Mewakili YADIM ialah Penolong Pengarah KEMUDA, Encik Mohammad Hafiz Mohammad Baba. Hadir sama ialah seorang lagi Penolong Pengarah KEMUDA, Encik Muhammad Faiz Safwan selaku pengisi slot program serta dua fasilitator Rakan Siswa YADIM Sabah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *