Home » Citra Yadim » Seminar Kenegaraan Malaysia Madani anjuran YADIM Perlis

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani anjuran YADIM Perlis

MESKIPUN Julung kali diadakan di Perlis, Seminar Kenegaraan Malaysia Madani anjuran YADIM Perlis pada 21 Oktober mendapat sambutan sangat menggalakkan.
Seramai 350 peserta tingkatan 6 daripada tujuh sekolah menyertai program di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar ini.
Dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, program ini disempurnakan perasmiannya oleh Encik Ahmad Shahidi Ismail, Pegawai Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Perlis.
Menurut beliau, program ini bertetapan dengan konsep kemenjadian murid disamping menanam rasa cinta kepada negara melalui Aspirasi Malaysia Madani.
Pengisian untuk program ini disampaikan oleh Encik Faidzal Mat Isa,Pengerusi Global Peace Mission Kedah dan Encik Mohamad Amin Abd Rani, Penolong Pengarah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Wilayah Utara.
YADIM diwakili oleh Penolong Pengarahnya, Ustaz Mohd Afifi Ruslan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *