Home » YADIM MADANI » Kem Kesukarelawanan Belia Islam Madani Luar Bandar 2025

Kem Kesukarelawanan Belia Islam Madani Luar Bandar 2025

KEM Kesukarelawanan Belia Islam Madani Luar Bandar 2025 telah berlangsung selama tiga hari di Institut Latihan Dakwah YADIM pada 8 hingga 10 Ogos.
Program ini merupakan anjuran bersama Negeri Selangor, Persatuan Peduli Batang Kali dan Akademi Kenegaraan Malaysia, dengan kerjasama Sekolah Rendah Agama (SRA) Bandar Utama Batang Kali, SRA Batang Kali, SRA Kampung Melayu Rasa, serta Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).
Program ini bertujuan memupuk nilai kesukarelawanan, memperkukuh ukhuwah, dan meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab sosial serta kemanusiaan, khususnya dalam kalangan golongan belia luar bandar. Peserta terdiri daripada guru-guru Sekolah Rendah Agama dan remaja Tingkatan Tiga hingga Tingkatan Lima daripada Yayasan Basmi Kemiskinan.
Sepanjang program, para peserta mengikuti pelbagai pengisian berbentuk motivasi, latihan kemahiran, dan aktiviti khidmat masyarakat yang menekankan kepedulian sosial serta peranan sebagai agen perubahan di komuniti masing-masing.
Majlis penutup kem dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Persatuan Peduli Batang KaliEncik Zulkifli Salleh, , diikuti ucapan mewakili peserta oleh Penghulu Kem, yang menyampaikan penghargaan dan tekad untuk meneruskan semangat kesukarelawanan.
Acara kemuncak majlis penutup ialah perasmian rasmi oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrum, Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa belia merupakan aset negara yang perlu diperkasa dengan nilai keimanan, kepimpinan, dan kepedulian sosial selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *