Home » Citra Yadim » Kem Pemantapan Organisasi Majlis Pimpinan Tertinggi RSY

Kem Pemantapan Organisasi Majlis Pimpinan Tertinggi RSY

SEMUNGKIS – Bertempat di Institut Latihan Dakwah Yadim di sini pada 11 dan 12 Julai lalu, telah berlangsung Kem Pemantapan Organisasi Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY).

Bertujuan mengeratkan ukhuwah dan menggilap bakat kepimpinan, kem ini disertai oleh seramai 30 ahli RSY dari seluruh negara. Turut hadir ialah Exco Perhubungan Antarabangsa MPT RSY Mesir.

Kem ini juga mendapatkan input daripada pegawai Polis Diraja Malaysia yang bertindak selaku jurulatih serta Daie Muda YADIM sebagai penceramah jemputan.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta Pengarah Kanan Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner turut terlibat dalam beberapa sesi pengisian kem ini.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Dalam ucapannya,   beliau menegaskan bahawa pimpinan RSY harus menjadi contoh pimpinan berkarektaristik quwwah, qanaah dan qudwah kepada masyarakat luar.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *