Home » Citra Yadim » Musaadah Covid-19 di PNK Kuala Terengganu Selatan

Musaadah Covid-19 di PNK Kuala Terengganu Selatan

KUALA IBAI – Siri kelima program menyantuni keluarga nelayan dari kalangan asnaf yang terkesan dengan musibah Covid-19 di negeri ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang terbaharu, diadakan di Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Terengganu Selatan pada 14 Julai.

Untuk siri kali ini, seramai 100 nelayan menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Terengganu.

Bertempat di pejabat PNK Kuala Terengganu Selatan, Pulau Kambing di sini, Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang menyampaikan sumbangan kepada 11 keluarga nelayan sebagai simbolik program sebelum kakitangan YADIM hadir ke rumah rumah keluarga nelayan yang dikenalpasti untuk menyampaikan sumbangan.

Program ini mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, Pejabat LKIM Kuala Terengganu Selatan dan PNK Kuala Terengganu Selatan.

Hadir sama ke majlis ini ialah Timbalan Pengarah LKIM Terengganu, Khuzaimah Hussin, Pengurus Besar PNK Kuala Terengganu Selatan, Marzuki Yunus dan Pengerusi PNK Kuala Terengganu Selatan Hassan Ismail.

YADIM Terengganu menyasarkan untuk membantu sebanyak 1,000 keluarga nelayan di negeri ini yang terkesan dengan musibah Covid-19 yang melanda negara.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *