Home » Citra Yadim » Kemasukan ke MANTAP – YADIM

Kemasukan ke MANTAP – YADIM

Satu Temuduga Khas bagi calon-calon MANTAP yang layak akan diadakan pada 2 dan 3 Februari 2020. - Foto Hiasan m.update.com

Berita baik buat ibu bapa yang sedang mencari pusat pengajian tahfiz untuk anak-anak mereka menyambung pelajaran ke Tingkatan  1 ( Khas Untuk Pelajar Lelaki Sahaja).

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menubuhkan Maahad Antarabangsa Tahfiz dan Kepimpinan (MANTAP) yang akan beroperasi di Institut Latihan Dakwah Yadim (Yadim Training Centre) di Batu 14 1/2, Hulu Langat, Selangor bermula 1 Mac 2020.

MANTAP ialah sebuah sekolah tahfiz antarabangsa milik penuh YADIM yang memberi fokus kepada pengajian tahfiz al-Quran dan juga pembinaan sahsiah kepimpinan kepada murid. MANTAP juga mengutamakan pengajian akademik untuk peperiksaan SPM ketika pelajar berada di Tingkatan 4 dan 5.

Yuran Asrama (Makan Minum dan Penginapan: RM 600 sebulan.

Yuran Pengajian: RM 1200 setahun

Pelajar tidak disyaratkan perlu menghafaz 30 Juzuk al-Quran, namun setiap pelajar perlu minimum hafaz sekurang-kurangnya 10 Juzuk al-Quran. Setelah tamat pengajian peringkat SPM, pelajar akan diberi Syahadah/Sijil Perakuan sebagai Al-Hafiz kepada 3 Tahap:

Al-Hafiz Kelas Pertama ( 30 Juzuk),

Al-Hafiz Kelas Kedua (20 Juzuk) dan

Al-Hafiz Kelas Ketiga (10 Juzuk).

Syarat-Syarat calon untuk kemasukan ke Tingkatan 1 MANTAP:

1.Sekurang-kurang memperolehi keputusan 3A dan 2 B dalam UPSR atau sebarang keputusan peperiksaan yang setaraf dengannya.

2.Boleh membaca al-Quran dengan fasih dan lancar.

3.Memiliki ciri-ciri dan bakat kepimpinan.

4. Minat yang tinggi untuk mengikuti pengajian tahfiz dan sedia tinggal sepenuh masa di asrama sekolah.

5.Lulus ujian temuduga khas yang akan dilaksanakan oleh Ahli Lembaga Jemaah Pengurus MANTAP.

Satu Temuduga Khas bagi calon-calon yang layak akan diadakan pada 2 dan 3 Februari 2020.

Kepada ibu bapa yang berminat untuk menempatkan anak-anak mereka  ke Maahad Tahfiz ini bolehlah menyertakan salinan keputusan UPSR anak mereka atau sebarang salinan sijil yang berkaitan kepada Pengarah Institut Latihan Dakwah Yadim  menerusi emel khairrul.fuad@yadim.com.my ) dan dengan menyatakan nama ibu/bapa, no. Telefon/whatapp dan alamat tempat tinggal.

Untuk keterangan lanjut hubungi tel/whatapp ust khairrul fuad: 017 646 4133

www wasap.my/60176464133

Tarikh Tutup Permohonan: 21 Januari 2020

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *