Home » Citra Yadim » Kembara Dakwah Selebriti di Kampung Tengah

Kembara Dakwah Selebriti di Kampung Tengah

KUALA PERLIS – Selepas Rumah Kanak Kanak Atau, program dakwah bersama selebriti anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis diteruskan ke Kampung Tengah di sini pada 26 November.

Di perkampungan nelayan ini, seramai 20 asnaf yang memerlukan menerima sumbangan kit makanan daripada YADIM Perlis dalam program YADIM Peduli ini.

Mereka turut menerima pek minuman air jagung daripada usahawan selebriti yang mengikuti program ini, Safwan Adenan.

Selain Safwan, selebriti yang turut serta ialah Khairul Azwan Arba dan Shahrul Shafiqq Mohd Salleh.

HPA Marketing yang turut sama terlibat pula menyumbang beras wangi kepada asnaf berkenaan.

Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Perlis, Hafsah Hussain, Pengerusi Sekretariat Sukarelawan Selebriti YADIM, Muzafar Abd Rahim dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Perlis, Mohd Yusri Ahmad.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *