Home » Citra Yadim » Kembara Mahabah: YADIM Sarawak tambah rakan kerjasama di Sibu

Kembara Mahabah: YADIM Sarawak tambah rakan kerjasama di Sibu

SIBU – Aktiviti hari kelima Konvoi Kembara Mahabbah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak  menyaksikan badan dakwah ini mengukuhkan hubungan dengan rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di sini.

Menerusi kembara ini, YADIM berjaya menambah sebanyak tiga rakan kerjasama baharu di Sibu iaitu Hikmah Bahagian Sibu, Hidayah Centre Foundation Sibu dan Pertubuhan IKRAM Sibu.

Bertempat di Restoren Iftitah Sibu di sini pada 24 November, satu majlis makan malam mempertemukan sembilan NGO Islam yang menyertai Konvoi Kembara Mahabbah Sarawak dengan tiga rakan kerjasama baharu berkenaan.

Pada majlis ringkas tersebut, Pengarah Program Kembara Mahabbah dari YADIM Sarawak, Zamri Bali telah memperkenalkan rakan-rakan NGO Islam kepada jemputan yang hadir.

Turut hadir ialah Ustaz Azhar Hipni, Pegawai Agama Islam Bahagian Sibu. Beliau dalam ucapannya menyokong usaha murni YADIM Sarawak dalam mempertautkan NGO Islam dan pada masa yang sama menyeru agar NGO NGO Islam Sarawak sentiasa melengkapi dan bersatu hati dalam mendukung usaha dakwah.

Pada majlis tersebut, YADIM Sarawak menyampaikan sijil penghargaan kepada tiga rakan baharunya  atas kerjasama menjayakan Program Kembara Mahabbah Sarawak di bahagian ini.

Terdahulu di Masjid An Nur di sini, pengisian program kembara dakwah diteruskan dengan kuliah maghrib oleh Ustaz Nasruddin Mohamad dari Nasruddin Care.

Di masjid ini juga, 40 pek sumbangan berupa keperluan asas dapur turut disumbangkan kepada wakil NGO Bahagian Sibu untuk diagihkan kepada mereka memerlukan.

Sumbangan RM1,000 juga disampaikan kepada Masjid An-Nur Sibu bagi membantu pelaksanaan program keagamaan.

Turut disampaikan bersama 10 pek sumbangan keperluan asas keperluan dapur daripada Pertubuhan Kebajikan Musaad Deen Kuching.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *