Home » Citra Yadim » Mangsa kebakaran Mantin terima sumbangan YADIM Negeri Sembilan

Mangsa kebakaran Mantin terima sumbangan YADIM Negeri Sembilan

MANTIN – Usaha menyantuni mereka yang memerlukan, khususnya golongan yanag ditimpa musibah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia tidak pernah mengira latar belakang mangsa.

Terbaharu pada 25 November, mangsa sebuah kejadian kebakaran di sini, menerima sumbangan wang tunai daripada badan dakwah ini bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan disampaikan oleh penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Hassanal Haris kepada wakil wakil keluarga mangsa berketurunan India di sini.

Kunjungan YADIM ke tempat kejadian mendapati mangsa kini tinggal di khemah di hadapan kediaman yang musnah.

Dalam kejadian pada 14 November lalu, lima unit rumah teres di kawasan perumahan rakyat Mantin musnah dalam satu kebakaran sekitar jam 11.40 pagi.

Empat rumah hangus 100 peratus manakala sebuah rumah lagi musnah sebahagiannya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *