Home » Citra Yadim » Kembara Malaysia Rahmah Daerah Maran 2020

Kembara Malaysia Rahmah Daerah Maran 2020

MARAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Maran, Pejabat Agama Daerah Maran dan pimpinan masyarakat setempat pada 6 Februari telah menganjurkan program Kembara Malaysia Rahmah Daerah Maran 2020.

Objektif pelaksanaan program ini ialah untuk membina hubungan masyarakat Islam dan bukan Islam kepada hidup yang lebih harmoni disamping memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Di bawah Kembara Rahmah ini terdapat enam aktiviti yang dilaksanakan iaitu Program Cuci-Cuci Sukarelawan Al Rahmah YADIM di Surau Srijaya, Maran, Seminar Tolak Pornografi bersama para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 dan Seminar Bicara Rahmah bersama masyarakat setempat.

Seminar Tolak Pornografi dan Seminar Bicara Rahmah ini adalah anjuran Majlis Perunding
Wanita Rahmah (MAWAR), YADIM. Ketiga-tiga akitiviti ini berjalan serentak pada sebelah pagi di tiga lokasi yang berlainan di sekitar daerah Maran.

Pada sebelah petangnya, program diteruskan dengan Majlis Perasmian Kembara Malaysia Rahmah Daerah Maran 2020 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Yang Berhormat Puan Hajjah Fuziah Salleh.

Dalam majlis ini juga satu sesi penyerahan sumbangan Asnaf oleh YADIM dan MAWAR YADIM kepada 70 penerima sekitar daerah Maran turut diadakan. Sumbangan berbentuk barangan keperluan harian ini disampaikan sendiri Fuziah.

Turut serta dalam majlis ini ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar
Nik Ab. Aziz.

Turut diadakan pada sebelah petang ialah aktiviti Ziarah Rahmah ke rumah-rumah asnaf dan kurang upaya sekitar Pekan Maran oleh Fuziah, wakil YADIM, Pejabat Agama Daerah Maran, Sukarelawan Ar Rahmah YADIM Maran dan pimpinan masyarakat.

Pada sebelah malam pula, program yang dilaksanakan ialah Kuliah Maghrib Perdana di Surau Keramat Al Mutaalim yang disampaikan oleh Nik Omar.

Secara ringkasnya, program selama sehari ini memberi fokus kepada penyampaian maklumat Gagasan Rahmatan Lil A’lamin disamping kerja-kerja sosial dan kebajikan kepada masyarakat setempat tanpa mengira bangsa, agama, dan kepelbagaian ideologi

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *