Home » Citra Yadim » Kembara Rahmah YADIM diperluas ke seluruh negara

Kembara Rahmah YADIM diperluas ke seluruh negara


MARAN – Program Kembara Rahmah akan diperluas ke seluruh negara, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz.


Pengisian program itu nanti jelas beliau, antaranya akan memberi penerangan tentang konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin yang kini giat diketengahkan kerajaan.


“Masyarakat di negara ini yang terdiri daripada berbilang kaum perlu diberi kefahaman mengenai konsep rahmah dan Rahmatan Lil Alamin yang menjadi gagasan kerajaan Malaysia.


“Kerangka dasar Rahmatan Lil Alamin ini merangkumi seluruh aspek kehidupan tidak kira latar belakang dan boleh diaplikasikan di semua peringkat, bermula dari diri, keluarga, komuniti, organisasi dan negara” katanya.


Nik Omar berkata demikian dalam program Kembara Malaysia Rahmah dan Ziarah Rahmah Daerah Maran di Auditorium Pejabat Agama Islam Daerah Maran pada 6 Februari.


Ia disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Yang Berhormat Fuziah Salleh.


Hadir sama ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Maran, Mat Pozi Kidam, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, kepimpinan YADIM serta pemimpin masyarakat setempat.


Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival sehari itu termasuklah seminar tolak pornografi, program Cuci Cuci Surau, ziarah asnaf, pemeriksaan kesihatan percuma serta kuliah Maghrib perdana.


Ia diadakan dengan kerjasama Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR), Pejabat Daerah Maran, Pejabat Agama Islam Maran, Sukarelawan Al Rahmah Maran serta beberapa lagi badan bukan kerajaan tempatan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *