Home » Citra Yadim » Kembara Tazkirah YADIM di KDN

Kembara Tazkirah YADIM di KDN

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjadi lokasi terbaharu penganjuran program Kembara Tazkirah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sempena menyambut Ramadan kali ini.

Program pada 7 Mei ini menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Artief Tuan Soh sebagai penceramah.

Membawakan tajuk ‘Ramadan Membentuk Muslim Berintegriti’ seramai 150 orang warga KDN menyertai majlis ini.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Haji Nawardi Saad serta Penolong Setiausaha (Lesen/Permit) Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Mohammed Arfazheel Amsir hadir sama.

Program yang merupakan antara pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) ini dianjurkan oleh Bahagian Pelaburan dan Penajaan YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *