Home » Citra Yadim » Pelancaran Rakan Siswa YADIM Kolej Profesional Mara Bandar Melaka

Pelancaran Rakan Siswa YADIM Kolej Profesional Mara Bandar Melaka

MELAKA – Selepas perancangan teliti diatur, Alhamdulillah Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) Kolej Profesional Mara Bandar Melaka akhirnya berjaya dilancarkan pada 6 Mei.

Pelancaran ini sangat bermakna kerana Kolej Profesional Mara Bandar Melaka (KPMBM) disifatkan perintis kepada usaha membina kerjasama penubuhan sayap dakwah YADIM iaitu RSY di peringkat institut pengajian tinggi milik MARA.

Melalui inisiatif ini juga, YADIM berhasrat untuk melebarkan sayap gerakan dakwahnya di Kolej Profesional MARA yang lain di seluruh negara.

Pengarah Kanan Sektor Latihan Dan Pekaderan YADIM, Kapten (B) Shamsudin Moner mewakili badan dakwah ini dalam pelancaran berkenaan.

Dalam pada itu, program 6 Mei ini mempunyai pelbagai pengisian menarik untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Selain pelancaran RSY, turut diadakan ialah acara street dakwah, edaran bubur lambuk kepada orang ramai serta agihan kit musaádah kepada kakitangan dan pelajar KPMBM.

Turut diadakan ialah ceramah Ihya Ramadan daripada Ikon Dakwah YADIM, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dan sesi Sembang Santai bersama Pencetus Ummah Akram Ikrami Taib Azamudden.

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *