Home » Langit Terbuka » Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi umum permulaan musim umrah

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi umum permulaan musim umrah

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan musim baharu umrah pada bulan Muharram 1445 Hijrah. - Foto REUTERS

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan musim baharu umrah pada bulan Muharram 1445 Hijrah.

Kementerian itu berkata, penduduk Arab Saudi dan warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kini boleh memohon permit untuk menunaikan ibadah umrah melalui aplikasi Nusuk atau Tawakkalna.

Arab Saudi turut mengumumkan mula mengeluarkan e-visa (visa elektronik) umrah untuk jemaah dari luar negara itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara berkenaan.

Langkah pembukaan musim umrah adalah selepas kejayaan musim haji 2023 bagi membolehkan umat Islam melakukan ibadah umrah dan ziarah.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *