Home » Citra Yadim » Panduan pengurusan jenazah untuk penduduk Kampung Sempereh

Panduan pengurusan jenazah untuk penduduk Kampung Sempereh

BATU KURAU – Sebagai memenuhi tanggungjawab menyebarluas dakwah kepada masyarakat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perak, pada 21 Julai telah mengadakan kelas panduan pengurusan jenazah kepada komuniti Kampung Sempereh di sini.

Program yang pertama kali diadakan di surau ini, bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat tentang cara pengurusan jenazah secara sempurna mengikut Islam.

Ia telah diadakan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Taiping, yang mana peserta telah diberi penerangan dan latihan praktikal oleh penceramah dari pejabat berkenaan, Ustaz Abd Aziz Abd Rasyid.

Selain kursus ini, Penolong Pengarah YADIM Perak, Abdul Hafiz Mat Tuah telah menyampaikan satu set kit pengurusan jenazah untuk kegunaan penduduk.

Para penduduk melahirkan rasa terima kasih kepada YADIM atas kesudian menganjurkan kursus berkenaan, serta berharap agar ia diadakan lagi pada masa akan datang dengan memberi tumpuan menarik peserta dari golongan muda untuk menghadirinya.

 

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *