Home » Citra Yadim » Kempen Kenalkan Nabi Muhammad melalui pameran

Kempen Kenalkan Nabi Muhammad melalui pameran

SEMPENA Kedatangan bulan Rabiulawal, YADIM Pulau Pinang bersama Gabungan Dakwah Malaysia Negeri Pulau Pinang telah mengadakan sesi pameran dalam Kempen Kenalkan Nabi Muhammad.
Ia berlangsung pada 2 dan 3 Oktober bertempat di Aras 3, Bangunan KOMTAR.
Acara ini merupakan program tahunan, diadakan bertujuan memperkenalkan Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat majmuk, bahawa baginda diutuskan kepada seluruh alam termasuk masyarakat bukan Islam.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tuan Zulkifli Rashid.
Penolong Pengarah YADIM Pulau Pinang Ustaz Muhammad Muaz Abul Kassim hadir mewakili badan dakwah ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *