Home » Citra Yadim » Kunjungan ke Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)

Kunjungan ke Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)

KEBERADAAN YADIM di Sabah terus dimanfaatkan dengan kunjungan kepada pihak-pihak yang boleh membawa kebaikan bersama.
Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sebagai salah sebuah badan dakwah terkemuka di Sabah telah dikunjungi YADIM pada 4 Oktober menerusi Program Rai Ummah YADIM.
YADIM dalam pertemuan ini menyatakan hasrat antara lainnya untuk turun padang bersama ke kawasan pedalaman Sabah yang sudah tentu USIA mempunyai banyak pengalaman melaksanakannya.
Kedua pihak juga bertukar pandangan dan idea dalam pertemuan selama hampir dua jam itu.
Hadir dalam kunjungan kepada Yang Dipertua USIA, Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad ini ialah rakan sejawatnya daripada YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin serta Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Encik Ahmad Saparudin Yusup.
Turut serta, Pengarah YADIM Sabah, Ustaz Ramlee Daud dan Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsuddin serta kakitangan YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *