Home » Citra Yadim » Kempen Kenalkan Nabi Muhammad SAW beri penjelasan pada bukan Muslim

Kempen Kenalkan Nabi Muhammad SAW beri penjelasan pada bukan Muslim

GEORGETOWN – YADIM Pulau Pinang terus keluar daripada zon selesa, dan konsisten mengadakan kerja dakwah kepada golongan bukan Muslim di negeri ini.

Terbaharu, mereka bekerjasama menganjurkan program Kempen Kenalkan Nabi Muhammad SAW dianjurkan oleh Gabungan Dakwah Malaysia Negeri Pulau Pinang pada 16 Oktober.

Menerusi pendekatan dakwah terus kepada golongan bukan Muslim ini, ia bertujuan menerangkan kepada hadirin yang hadir dari kalangan bukan Islam berkenaan dengan Nabi Muhammad selain menjelaskan salah faham terhadap baginda.

Penerangan kepada hadirin disampaikan menerusi ceramah daripada daripada Ustaz Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin bertajuk “Nabi Muhammad SAW Tokoh Terbaik Sepanjang Zaman”.

Antara yang hadir pada pelancaran Program Kempen Kenalkan Nabi Muhammad ini adalah Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim Wan Mohd. Noor, Ketua Pegawai Ekeuketif Zakat Pulau Pinang, Dato’Amran Hazali,  Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang  Tuan Haji Mohd Yusni Ghazali dan Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang,  Ustaz Mohd Nordin Samah.

Mewakili YADIM ialah Penolong Pegawainya, Ustaz Muhd Luqman Sabri.

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap YangDipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ IR. Haji Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman.

Pada majlis ini juga diadakan sumbangan kepada 35 orang penerima bukan Muslim yang hadir dan  sumbangan berbentuk wang tunai kepada Penang Children Care berjumlah RM1,000 daripada YADIM Pulau Pinang.

Program YADIM Kolaboratif ini ialah sebahagian pengisian Bulan Dakwah YADIM Pulau Pinang.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *