Home » Citra Yadim » Peduli Remaja SMK Jeneri oleh YADIM Kedah

Peduli Remaja SMK Jeneri oleh YADIM Kedah

SIK – Bertempat di Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri di sini, YADIM Kedah telah mengadakan Program Peduli Remaja pada 17 Oktober kepada lebih 200 orang pelajar.

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Azraie Mohamad Yunus atau lebih dikenali sebagai PU Azraie.

Ia merupakan sebahagian daripada program yang telah diatur YADIM Kedah sepanjang Bulan Dakwah 3.0 yang kini sedang berjalan.

Dalam ceramah selama dua jam ini, pelajar didedahkan dengan pelbagai ilmu insani dan teknik-teknik belajar untuk menjadi murid yang cemerlang dan pelbagai tips lain untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Selain itu, para pelajar diberi kesedaran mengenai pengorbanan ibu bapa dalam mendidik mereka di samping pengorbanan guru-guru di sekolah sebagai ibu bapa mereka di sekolah.

Dalam program itu juga, pelajar diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan diri dan melatih mereka untuk lebih berkeyakinan dengan meminta mereka berkongsi pengalaman diri.

Turut bersama ialah Puan Azniwati Muhammad, guru kaunselor SMK Jeneri.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *