Home » Langit Terbuka » Kenaikan yuran SRA dan Kafa diputus dalam mesyuarat

Kenaikan yuran SRA dan Kafa diputus dalam mesyuarat

Yuran SRA dan Kafa dinaikkan bagi menampung gaji atau elaun guru yang dilantik sendiri oleh pihak pentadbir sekolah. (Gambar hiasan)

SHAH ALAM 11 Jan. – Kenaikan harga yuran sekolah rendah agama (SRA) dan Kafa diputuskan Lembaga Tadbir Sekolah bagi menampung gaji atau elaun guru yang dilantik sendiri oleh pihak pentadbir sekolah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Haris Kasim ketika mengulas rungutan ibu bapa mengenai yuran SRA di bawah Jais yang didakwa naik mendadak berkata, dasarnya sekolah-sekolah  agama Jais tidak mengenakan yuran persekolahan seiring dengan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

Bagaimanapun katanya, untuk menyelaras kos operasi sekolah, Jais mengeluarkan pekeliling pada November tahun lalu sebagai panduan untuk SRA dan Kafa mengutip sejumlah kewangan yang diistilahkan sebagai bayaran tambahan.

“Mengikut pakej, maksimum bayaran adalah RM76 bagi murid Tahun 1 manakala dari Tahun 2 hingga Tahun 6 bayaran yuran maksimum boleh dikenakan adalah sebanyak RM58.

“Jika ada sebarang kenaikan yuran sekolah selain daripada pakej berkenaan adalah tertakluk kepada keputusan yang dibahaskan dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi SRA dan Lembaga Pengurusan Sekolah bagi Kafa.

“Kenaikan yuran juga mungkin disebabkan oleh keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tadbir Sekolah berkenaan bagi menampung gaji atau elaun guru yang dilantik sendiri oleh pihak pentadbir sekolah,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan ibu bapa berharap kerajaan negeri tidak meneruskan kenaikan yuran sekolah agama saban tahun kerana ia membebankan mereka.- SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *