Home » Citra Yadim » Kepentingan Istiqamah Dalam Mempertahankan Kebenaran

Kepentingan Istiqamah Dalam Mempertahankan Kebenaran

KUALA TERENGGANU – Siri terkini Program Ta’alim Kitab Riyadus Solihin diadakan di Dewan Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Kuala Terengganu, anjuran YADIM Negeri Terengganu dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Negeri Terengganu pada 7 Ogos.

Pengisian telah dikendalikan Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu, Dr. Ahmad Marzuki Mohamad dan disiarkan secara langsung menerusi media sosial untuk capaian lebih meluas.

Dalam ceramah tersebut, beliau menghuraikan hakikat iman yang dibuktikan melalui lisan, hati dan amalan, selain menekankan kepentingan istiqamah dalam mempertahankan kebenaran serta menjauhi sifat ujub dalam beramal.

YADIM Negeri Terengganu diwakili oleh Penolong Pegawainya, Puan Nor Mazila Mohd Zin.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman serta penghayatan terhadap iman dan istiqamah dalam kehidupan.

Artikel Berkaitan

YADIM dan UNIQSAAS Jayakan Karnival Dakwah

KUANTAN – YADIM bersama Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIQSAAS), telah menjayakan Karnival Dakwah 2.0 yang berlangsung

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *