Home » Langit Terbuka » Kerajaan Akan Kaji Semula Peranan JAKIM

Kerajaan Akan Kaji Semula Peranan JAKIM

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan dibincangkan semula dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam serta cendekiawan lain untuk membincangkan masa depan jabatan ini.

Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan diambil bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan seperti sekarang, atau dikembalikan kepada tujuan asal ia ditubuhkan dulu.

“Dan kita akan tentukan negara ini Islam tidak digambarkan sebagai agama yang zalim, keras dan tidak bertimbang rasa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Sebelum ini sesetengah pihak mendakwa Pakatan Harapan akan melihat semula peranan JAKIM sama ada dikekalkan atau tidak dan cadangan itu dibuat ekoran badan itu dilihat digunakan untuk kepentingan politik sesetengah pihak.

Selain itu Dr Mahathir berkata, gambaran salah yang diberikan sesetengah pihak mengenai Islam di negara ini bukanlah kehedak agama.

Malah, katanya, banyak larangan yang ada dalam Islam, tidak diamalkan.

“Sebaliknya kita fikirkan tentang cara-cara lain yang bukan datang dari ajaran Islam untuk menunjukkan kononnya Islam ini agama yang cukup keras dalam pelaksanaannya.

“Dengan perkataan lain kita lebih suka memaksa daripada ajaran Islam yang berkata, tiada paksaan dalam Islam,” katanya. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *